CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 29, 2010

♥~ Surat Untuk Laut #3~♥

mereka di tertawakan... begitu banyak riak wajah yang mereka tunjukkan..
ada yang terdampar dengan  muka yang pucat, ada yang masih terpinga-pinga malah ada yang berjalan dengan senyuman kepuasan tidak kurang jugak yang semangat bercerita pengalaman pertama menaiki banana boat!
adat lah.. sememangnya itu perangai manusia yang pelbagai ragam..

di tepi pantai sebelah barat, duduknya nurul keseorangan..
tapi mengapa? tidakkah mereka bercuti beramai-ramai?
tetapi nurul memilih untuk menyendiri
mungkin ada sebab yang orang tidak mengetahui..
atau adakah nurul dibebani dengan bahana masalah yang besar..

disana, Nurul hanya melakar nama dan ayat-ayat di butiran pasir pantai..
terpandang pada suatu ayat.. " SAYA SAYANG KAMU SEMUA, SORRY.."
selalu saja orang meninggalkan surat untuk laut dikala mereka berkunjung ke pantai..
nurul juga tidak terlepas dengan aktiviti ini..
tetapi, kepada siapa ayat itu ditujukan..
apa yang sebenarnya bermain di fikiran nurul?
mengapa nurul berkata begitu? mungkinkah nurul mahu meninggalkan dunia yang fana ini?
atau nurul rasa bersalah pada kawan-kawannya atau juga orang di sekelilingnya??
Ahh! hanya nurul sahaja yang tahu..

jika tadi, Nurul yang beria-ria mengajak kawannya untuk menaiki banana boat tadi..
sungguh gembira wajahnya ketika itu.. mungkin ada sesuatu yang ingin dilakukan di tengah laut itu.
memang tidak salah lagi.. nurul mahu sesuatu dari laut..
ketika diminta untuk memakai jaket keselamatan, nurul hanya meminta tolong kawannya mengenakan jaket itu di badan.. kerana terdapat sesuatu benda yang dipegang dalam genggamannya..
tidak mahu diketahui orang mungkin..
 malah, ketika di jatuhkan ke tengah laut, dia hanya tersenyum..
tidak pula menjerit ketakutan seperti kawannya yang lain..
setelah habis sesi cabaran dan pulang ke pantai.. nurul tidak lagi tersenyum..
sungguh muram bagai diselubungi roh kesedihan...
apatah lagi, nurul seorang yang berahsia, tidak mustahil rakan-rakannya tidak mengetahui masalah yang dihadapi dan sebab nurul berkeadaan sebegitu..

nadrah menghampiri nurul lalu menghulurkan tangannya, nurul menyambut dan memberi senyuman manis lalu bangun dengan tarikan lembut dan jalan dengan longlai.tidak pula nadrah bertanyakan masalah yang nurul hadapi.. barangkali nadrah tidak mahu mengeruhkan emosi nurul ketika itu..
nadrah memberi pelukan erat tanda sokongan dan kasih sayangnya kepada nurul..
sangat tersentuh hati jika setiap orang dapat merasai panahan sayang seorang sahabat!

tiba masa untuk pulang, semua mengemas tempat perkelahan mereka dan menjinjit beg masing..
hanya tinggal nurul di belakang yang masih belum mengemas kerana memang itu di sengajakan..
setelah mengemas, nurul menjinjit beg dan berjalan perlahan..
kadangkala nurul berpaling kebelakang seperti mengharapkan sesuatu dari laut..

*************************

dirumah, nurul berharap sendirian...........
"laut, sampaikanlah botol kecil tadi kepada ayahku.. semoga dia dapat baca apa yang ingin aku bicarakan.. katakan padanya aku sangat merinduinya dan aku amat berharap agar dia berubah dan mengubah kehidupannya.. tidak lagi menjadi hamba abdi kepada benda haram itu.. aku juga berharap agar hubungan persahabatan antara kami tidak akan putus sampai bila-bila..tolong ya laut.."

tetapi, bilakah  nurul menyerahkan harapannya kepada laut? mungkin saja ketika dia dijatuhkan ke laut semasa menyahut cabaran keganasan banana boat di Teluk Batik.. bagi nurul,mungkin hanya itu saja caranya untuk dia meluahkan perasaan dan bicara yang ingin dia katakan pada ayah..dia tidak meletakkan kepercayaan pada laut kerana itu akan merosakkan imannya, tetapi sebagai langkah mengurangkan beban dihati sebelum minggu peperiksaan mengambil tempat..


Ya! inilah SURAT UNTUK LAUT dari Nurul dengan membawa harapan yang tinggi seperti gunung Everest!

****************TAMAT*****************
                                     
cerpen ini adalah rekaan semata-mata.. tidak ada kena mengena samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia...

Picca ini ditaja oleh Nur Nilam Sari

No comments:

Post a Comment