CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 22, 2010

♥~ Surat Untuk Laut #1~♥



gempaq x tajuk entri ni?? tbe2 arini nk uat cerpen plak..

Kisahnya bermula di sini..............................

Dalam sebuah kelas yang sangat riuh rendah.
tiba-tiba para siswa dikejutkan oleh suatu suara.

"PERHATIAN.... !" teriak Hana dengan lantangnya..
kelas menjadi begitu sunyi. 32 pasang mata tertumpu kearah Hana.
Hana yang memiliki tubuh genit merupakan salah seorang pelajar yang begitu lucu dan lantang menyuarakan pendapat. Kebanyakan pendapatnya sangat bernas tetapi kadang-kadang mcm gula getah yang hilang manisnya.Namun, pendapatnya sangat dihormati oleh rakan seperjuangan.

Hana memulakan bicara dan pendapatnya apabila semua siswa telah menumpukan perhatian mereka kepadanya.
"korang, aku nak cadangkan sesuatu."
" apa dia?" tanya salah seorang siswa yang tidak sabar mendengar cadangan Hana.
" Ate, kome ni Zara, sabolah.. kan awok baru nak mule." balas Hana dengan dialek Perak yang pekat.
semua siswa ketawa berdekah-dekah melihat gelagat Hana.
Hana selalu menjadi bahan ketawa oleh rakan sekelas kerana dialek Perak yang digunakan. sangat lucu dan menjadi setiap kali Hana membawa dialek itu. sebenarnya segala macam dialek yang ada di Malaysia ini menjadi jika lidah Hana yang berbicara.Sebut saja bahasa yang mahu di dengar, pasti menjadi.

kalau disuruh mengajuk percakapan iklan di televisyen, pasti serupa. itulah kelebihan yang Hana miliki. Dia akan sentiasa membuat orang dikelilingnya happy walaupun hati Hana pada ketikanya kadang kala berpusar dengan masalah.


Hana menyambung kembali hasratnya.
"macam ni, kan kite ade duit lebih daripada seminar yang kite buat hari tu, ape kate kite gunakan untuk buat barbeque. lagipun tahun ni kita last bersama-sama. bila lagi kita ada masa nak kumpul sama-sama. nanti belum tentu boleh jumpa lagi." panjang lebar Hana memberi penerangan kepada siswa lain.

Yang mendengar, mengangguk-anggukkan kepala seperti burung belatuk tanda faham.
sebagai respon kepada penerangan Hana, ada yang senyum, ada yang mula bersuara dan ada juga yang membuat mimik muka yang berkerut. agaknya masih ada yang kurang dengan penerangan Hana atau masih tidak tahu reaksi yang sepatutnya di berikan.

tiba- tiba.........

                                                                                                                                        bersambung....

p/s : hanya untuk selingan. bacalah. sangat kelakar.






 

No comments:

Post a Comment