tiba-tiba...
di sudut kiri terdengar suara yang kuat...
"Nak buat kat mana? Kita orang yang tak ade transport ni nak pergi macam mane? Korang boleh la.. anak orang kaya." tanya Zira dengan muka yang merah padam menahan marah.
"Chill girl. Pasal tempat nanti kita bincang sama-sama. Transport tak payah la risau. aku da kira kereta dan penumpang. cukup-cukup kita satu kelas nak pergi bercuti. yang lelaki boleh naik moto. kita cari la tempat-tempat yang dekat je", jawab Hana dengan tenang.
Terdiam Zira mendengar jawapan Hana kerana dia tahu cara dia bertanya soalan tadi sememangnya tidak enak didengar. Terlalu kasar dan tidak beradab.
***********
setelah mendapat kata sepakat, hari yang di nantikan tiba....
seminggu sebelum minggu peperiksaan bermula, mereka ke Teluk Batik..
destinasi yang mereka fikirkan menarik dan tepat untuk habiskan masa bersama.
majoriti siswa kelas A hadir memeriahkan suasana, hanya dua tiga orang sahaja yang tidak dapat bersama kerana urusan lain termasuk Zira.
Teluk Batik memang sangat indah. memang tepat pilihan mereka kerana tempat ini sangat nyaman dan cantik. tiba di destinasi, Laila tidak sabar lagi untuk menikmati keindahan ciptaan Allah. sejak di rumah sewa lagi Laila begitu teruja dan bersemangat mahu melihat salah satu keajaiban di dunia ini.
jam 7.00 pagi Laila sudah bangun dan bersedia untuk berkumpul, sedangkan masih terlalu awal untuk konvoi bersama kerana pukul 8 adalah masa yang mereka janjikan. tetapi memang inilah Laila jika ada rombongan kemana-mana, pasti dia yang teruja dan tidak sabar untuk pergi. awal satu jam dari masa yang dijanjikan memang mejadi perkara biasa bagi nya jika mendapat peluang pergi berjalan-jalan.
Dengan muka yang begitu teruja, Laila mengejutkan kawannya yang sedang lena diulik mimpi,"Minah,Minah, bangun la. Kami dah siap ni. kami tak sabar nak pergi Teluk Batik ni.. Hang taukan, kami memang selalu teruja kalau dapat berjalan. Hang tak happy ka dapat pergi sana?" Inilah loghat Pinang dan Perak yang Laila gunakan jika dia bercakap dengan kawan serumahnya. Dengan muka yang kelat dan malas, Minah bangun secara paksa kerana rehatnya tidak cukup gara-gara membantu Jali menyediakan bahan untuk membuat barbeque semasa berkelah di Teluk Batik.
Tiba di Teluk Batik......Laila la orang pertama yang menjejakkan kaki ke butiran halus pasir putih Teluk Batik. Sememangnya begitu teruja. Rakan-rakan hanya mentertawakan Laila dari jauh. Disana, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Namun, mereka hanya tertarik pada satu aktiviti mencabar ditengah lautan iaitu Bot Pisang atau telah dikenali dengan bahasa barat, Banana Boat! Begitu ramai yang teruja untuk mencuba aksi lasak itu. Perasaan ingin mencuba dan takut bercampur baur. Bayangkanlah, dibawanya ke tengah laut seperti mahu dijual ke sempadan Indonesia lalu dijatuhkan dan ditinggalkan..Ini memang sangat menguji keberanian. Tapi tidaklah sampai ditinggalkan, hanya dijatuhkan di tengah lautan yang luas terbentang. Ah! si Laila itu, dia hanya teruja dengan kenikmatan alam, tapi dialah orang pertama yang menolak perlawaan rakan untuk naik bersama. Hanya menerima perlawaan untuk menaiki bot yang menarik Banana boat saja. Mahu mengambil gambar kenangan katanya...
Tiba di tepi pantai.........
Bersambung............................
Thursday, December 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment